Dik Min dan Mat Long direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun kedai emas bernilai RM500,000 di Batu Enam, Kuala Terengganu minggu lalu. — Foto PUQTRA HAIRRY / KOSMO!

Samun kedai emas RM500,000: Dua lelaki direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun barang kemas bernilai kira-kira RM500,000 di sebuah kedai emas di Batu Enam, minggu lalu.

Perintah reman sehingga 25 November itu dibenarkan Majistret Nur Akmal Mohd Bakri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kejadian samun di sebuah kedai emas pada 12 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, premis berkenaan menjadi sasaran dua lelaki yang memakai topi keledar.

Seorang daripada suspek yang membawa parang bertindak mengambil barang kemas manakala rakannya mengawasi keadaan serta pergerakan pekerja di premis tersebut.

Suspek kemudian berjaya melarikan tiga dulang berisi pelbagai barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN