Onn Hafiz ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Kota Iskandar, hari ini.

Johor lakar sejarah, kutipan hasil diramal lepasi RM3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Johor bakal melakar sejarah tersendiri apabila kutipan hasil negeri dijangka menembusi paras RM3 bilion buat kali pertama menjelang penghujung tahun ini.

​Lonjakan luar biasa itu dipacu prestasi kutipan semasa yang sudah pun mencecah RM2.8 bilion setakat pembentangan Belanjawan Johor 2027 pagi ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kutipan semasa itu bersamaan 110 peratus daripada anggaran asal hasil negeri bagi tahun ini.

“Pada hari ini, saya ada berita gembira untuk dikongsikan kepada Ahli-ahli Dewan, syukur Alhamdulillah, sehingga pagi ini, rekod terimaan hasil negeri telah pun mencapai RM 2.8 bilion bersamaan 110 peratus daripada anggaran asal.

“Dan insya-Allah buat pertama kalinya dalam sejarah Johor, hasil negeri akan mencecah lebih RM 3 bilion pada penghujung tahun ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, justeru itu, bagi Belanjawan Johor 2027, beliau memaklumkan bahawa unjuran hasil negeri adalah sebanyak RM 3.076 bilion dengan keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2027 diunjurkan sebanyak RM 3.074 bilion.

“Dengan itu, Belanjawan Johor 2027 mencatatkan surplus sebanyak RM2.328 bilion. Komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan negeri terus diperkukuh dengan anggaran Belanja Pembangunan meningkat secara konsisten daripada RM 600 juta pada tahun 2023 kepada RM1.53 bilion bagi tahun 2027, iaitu peningkatan lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN