Gambar hiasan.

Johor ‘siapkan’ 1,072 PPS, tempatkan 265,599 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sebanyak 1,072 pusat pemindahan sementara (PPS) tersedia di seluruh negeri Johor untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bagi memastikan kesiapsiagaan bencana berada pada tahap tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Hasrunizah Hassan berkata, semua PPS yang berdaftar mempunyai kapasiti menempatkan sehingga 265,599 mangsa yang dikenal pasti oleh Pejabat Daerah.

Katanya, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan menentukan kesesuaian bangunan yang digunakan sebagai PPS seperti sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Selain sekolah agama, dewan orang ramai, balai raya, rumah ibadat serta beberapa premis lain yang sesuai dan selamat untuk penempatan sementara mangsa bencana,” katanya kepada Kosmo! selepas merasmikan pertandingan bola jaring terbuka daerah Pontian di Taman Saujana, disini, pagi ini.

Tambah Hasrunizah, Johor turut mempunyai Pusat Pemindahan Kekal (PPK), dengan dua PPK terletak di Dewan Arena Segi Tiga, Kota Tinggi dan Dewan Raya Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, yang mampu menempatkan seramai 1,075 mangsa pada satu-satu masa.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 15 Oktober lalu telah membuat penghantaran dan penyerahan barangan ke Pengkalan Hadapan di Kepulauan Mersing dengan peruntukkan sebanyak RM1 juta.

“ Ini termasuk penyaluran 202 kit makanan kepada Ketua Isi Keluarga (KIR) dan kakitangan kerajaan yang menetap di Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil,” ujarnya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN