POSTER palsu yang memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah dibubarkan yang tersebar dalam pelbagai platform media sosial. - FOTO MEDIA SOSIAL

Pejabat MB nafi dakwaan pembubaran DUN Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pejabat Menteri Besar menafikan laporan mendakwa Datuk Seri Saarani Mohamad telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mereka memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu yang disifatkan sebagai tidak benar dan tidak berasas.

“Pejabat Menteri Besar Perak memandang serius penyebaran maklumat tidak benar, khususnya yang mengaitkan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan negeri.

“Sehubungan itu, pentadbiran ini telah membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Pejabat Menteri Besar Perak juga mengesan penyebaran grafik menyerupai siaran berita televisyen selain penyiaran semula bahan berita lama yang boleh menimbulkan kekeliruan mengenai kedudukan semasa DUN Perak.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan kandungan yang belum disahkan kesahihannya.

Terdahulu, tular dalam media sosial poster serta maklumat berkaitan pembubaran DUN Perak namun tertera tarikh 17 Oktober 2022.

Tarikh itu merupakan pembubaran DUN Perak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN