Ahmad Zahid (tengah) pada sidang akhbar selepas hadir MEXCLUB Ke- 62 Bilangan 2 Tahun 2026 di DCCC hari ini. Foto oleh MASTURAH SURADI

‘Anak beranak campur apa hal? Ini soal MB bukan Ismail Lasim’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Timbalan Perdana Menteri menegur tindakan anak Datuk Ismail Lasim yang sebelum ini mempertikaikan mengapa Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan berhubung perletakan jawatan bapanya sebagai Menteri Besar.

​Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, campur tangan ahli keluarga dalam perkara itu menjadi satu masalah kerana ia menyentuh soal pentadbiran negeri dan kedudukan Menteri Besar serta bukannya urusan peribadi keluarga.

“Ini isu pentadbiran negeri. Anak beranak campur ini apa hal? Ini soal menteri besar, bukan soal bapaknya Ismail Lasim,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KDW) Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Ke- 62 Bilangan 2 Tahun 2026 di Desaru Coast Conference Centre (DCCC), hari ini.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, Ismail meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz berkuat kuasa Isnin.

Susulan itu menerusi hantaran di status media sosial Instagram, Naim Ismail menggunakan akaun @naimismaill_ memberikan isyarat seolah-olah ada pihak lain yang menjadi ‘kambing hitam’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN