PETALING JAYA – Beberapa kawasan di empat negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, kawasan terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Menurutnya, di Kelantan, kawasan terjejas melibatkan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
“Di Pahang, kawasan terlibat ialah Rompin, Kuantan dan Pekan, manakala di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Kluang,” menurut kenyataan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE
















