NAMA pelakon Dai Fuad semakin mendapat perhatian ramai sejak membintangi drama dan filem Kudrat.
Namun di sebalik populariti luar biasa yang sedang diraih, ada juga yang kurang senang melihat gelagatnya setiap kali muncul di hadapan khalayak.
Baru-baru ini, aksinya sewaktu di acara House Of Kudrat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggap aksi ditampilkan pelakon itu agak berlebihan sehingga menimbulkan perasaan kurang selesa atau ‘cringe’ ketika menontonnya.
Ada juga yang menyamakan aksinya dengan watak Yasin Senario di dalam dalam filem Kuliah Cinta.
Menurut netizen, seseorang penghibur perlu tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku dan menyesuaikan diri dengan suasana persembahan agar tidak kelihatan terlalu mencuba untuk mencuri perhatian. Nampak bongkak sangat eh?
Bagaimanapun, Diva tak nafikan setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan penonton. Apa yang dianggap menghiburkan oleh sesetengah pihak mungkin dilihat sebaliknya oleh orang lain.
DIVA: Astro tak habis-habis dengan drama lakonan Mierul Aiman, dah habis pelakon ke?
















