Hantaran terbaharu Noor Helmy di Facebook malam ini.

[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Alhamdulillah – Noor Helmy beri bayangan awal kejayaan di Duyong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memuat naik hantaran ringkas seolah memberi bayangan awal kejayaan mempertahan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

“Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook sebentar tadi.

Hantaran itu turut diiringi lagu nyanyian Maher Zain bertajuk Alhamdulillah.

Meskipun tanpa sebarang kenyataan panjang, perkongsian tersebut pantas menarik perhatian orang ramai apabila meraih lebih 12,000 tanda suka 2,000 komen serta 75 perkongsian dalam tempoh hanya 26 minit selepas dimuat naik.

Ruangan komen hantaran berkenaan turut dibanjiri ucapan tahniah daripada para penyokong dan pengundi di DUN Duyong yang menyifatkan keputusan tidak rasmi semasa memihak kepada penyandang kerusi itu.

Terdahulu, kiraan undi tidak rasmi menyaksikan Mohd Noor Helmy berada di hadapan dengan 15,064 undi meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) dalam saingan merebut kerusi DUN Duyong pada pilihan raya kali ini.

Untuk rekod, pada PRN Melaka 2021, Mohd Noor Helmy memenangi kerusi DUN Duyong dengan majoriti tipis 200 undi dalam pertandingan enam penjuru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN