Tangkap layar siaran langsung di Facebook Rasmi BN dan PH malam ini.

PRN Melaka: Live FB BN lebih meriah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Siaran langsung di platform Facebook (FB) yang memaparkan perkembangan keputusan tidak rasmi Barisan Nasional (BN) mencatat jumlah tontonan jauh lebih tinggi berbanding siaran langsung kempen gagasan Pakatan Harapan (PH) malam ini.

Berdasarkan semakan siaran langsung pada pukul 8.25 malam tadi, saluran yang menayangkan papan pemuka keputusan semasa tidak rasmi daripada pusat operasi BN menarik sebanyak 10,100 tontonan secara serentak.

Sebaliknya, siaran langsung program bual bicara berkonsepkan audio siar (podcast) di Facebook rasmi PH yang menampilkan dua pane dalam studio hanya mencatat 256 tontonan pada waktu yang sama.

Perbezaan ketara jumlah penonton itu selari dengan momentum pengiraan undi tidak rasmi yang dipaparkan pada skrin siaran langsung BN, yang menyaksikan gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) mendahului di majoriti besar daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN