MELAKA – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong melakar sejarah apabila pecah rekod kemenangan dengan majoriti luar biasa sebanyak 10,067 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan keputusan tersebut sebagai kejayaan terbesar berbanding pencapaian pada PRN Melaka ke-15, lima tahun lalu.
Pada pilihan raya negeri yang lalu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem hanya menang dengan majoriti tipis sebanyak 200 undi.
Bagaimanapun, pada PRN Melaka kali ini, Mohd. Noor Helmy berjaya meraih sebanyak 15,064 undi sekali gus mempertahankan kerusi tersebut dengan bergaya.
Beliau jauh meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan yang sekadar memperoleh 4,997 undi.
















