Hantaran terbaharu di Facebook Najib Razak malam ini.

Jangan lupa makan ubat – FB Najib Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu hantaran ringkas di Facebook Najib Razak mengandungi empat patah perkataan sebentar tadi mencuri tumpuan netizen sehingga mengundang pelbagai reaksi serta usikan di ruangan komen.

Berdasarkan tinjauan pada akaun milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, status yang dimuat naik sekitar jam 9.20 malam tadi pantas meraih lebih 25,000 tanda suka, 2,900 komen serta 1,200 perkongsian dalam tempoh sejam.

Meninjau di ruangan komen, pengendali akaun berkenaan turut meninggalkan komen balas ringkas bagi menjawab persoalan netizen.

“(Admin), (Admin),” tulisnya.

Rata-rata pengguna media sosial dilihat terhibur dengan hantaran berkenaan, malah ramai yang mengaitkannya dengan perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung malam ini.

“Pendek je ayat tapi menusuk sampai ke hati,” komen Abdul Hanif Hadeni.

“Sungguh mendalam kata-kata bossku,” seloroh Lieya Shimohca.

“Johor, Negeri Sembilan, Melaka. Settle (selesai). Next (seterusnya)?,” soal Akil Datuk Abdul Rahim.

“Hatrick!,” seloroh pengguna Aiman MSuhaimie secara ringkas.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berseloroh mengingatkan tentang larangan penggunaan media sosial dan pemantauan pihak berkuasa ke atas Najib.

“Bossku…Nanti ada orang pantau,” tulis Irfan Farhan.

“Haip di larang bermain media sosial, jangan bossku,” kata Acham Aduqha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN