AINA akur berada di kedudukan keempat Eurovisions Asia 2026 hari ini.

Aina Abdul tempat keempat Eurovision Asia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Biarpun tewas kepada wakil Filipina, Thailand dan Vietnam, penyanyi Aina Abdul tetap menjadi juara di hati rakyat Malaysia apabila berjaya menduduki tempat keempat pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, hari ini.

Pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 33, yang tampil dengan tema titisan air, akur apabila meraih 152 markah keseluruhan menerusi undian orang ramai dan juri profesional.

Wakil Filipina, Carmelle Collado yang mendendangkan lagu Sobra Sobra, berjaya menambat hati penonton dan juri profesional dari 10 negara apabila meraih markah tertinggi sebanyak 211 mata.

Sementara itu, berdasarkan keputusan undian juri profesional setiap negara, Filipina menduduki tangga pertama dengan 93 markah, diikuti Vietnam (83 markah) dan Malaysia (82 markah).

Pada pertandingan tersebut, Aina mempertaruhkan lagu terbaharu ciptaannya sendiri berjudul Bluest Sky yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Lagu berkenaan diinspirasikan daripada kisah sebenar yang menggambarkan luahan perasaannya mengenai cinta dan kasih sayang.

Pentas kemuncak Eurovision Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok itu turut menyaksikan penyertaan wakil dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Bangladesh, Kemboja dan Bhutan.

Terdahulu, Aina dipilih mewakili Malaysia selepas memenangi kategori Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN