Gambar hiasan

PRN Melaka: MetMalaysia ramal ribut petir petang hari mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca mendung pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di ketiga-tiga daerah di negeri ini pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 Sabtu ini.

Susulan itu, MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook menasihatkan pemilih untuk keluar mengundi lebih awal pada waktu pagi.

“Pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi lebih awal pada waktu pagi berikutan ramalan ribut petir pada sebelah petang di semua daerah.

“Jangan lupa bawa payung dan patuhi arahan keselamatan di pusat mengundi,” menurut hantaran itu.
Pengundi turut dinasihatkan merancang perjalanan ke pusat mengundi dengan menyemak ramalan cuaca terkini daripada MetMalaysia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN