Tangkap layar rakaman memaparkan binaan batu yang runtuh berhampiran laluan aktiviti rentas desa di sekitar Sungai Besi.

Rentas desa bertukar cemas, batu tiba-tiba runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktiviti rentas desa sekumpulan murid sekolah bertukar cemas apabila sebuah struktur binaan batu tiba-tiba runtuh berhampiran laluan yang digunakan mereka di sekitar Sungai Besi.

Kejadian itu mengundang kebimbangan apabila bongkah batu bersaiz besar dilihat bertaburan di kawasan berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan laluan itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Insiden itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan murid ketika menjalankan aktiviti luar berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna media sosial, @Kaki Kumpau Berdarah berpendapat pihak yang bertanggungjawab wajar dikenakan tindakan susulan kejadian itu.

“Ini kalau kena memang naya la, kasi saman ja,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @jarjar bings turut meluahkan kebimbangan dengan saiz bongkah batu yang bertaburan di kawasan berkenaan.

“Bukan batu kecik, besar-besar tu weh,” komennya.

Sementara itu, pengguna @lina berharap pihak sekolah dapat mengambil kira aspek keselamatan sebelum memilih laluan bagi aktiviti rentas desa.

“Kalau boleh tak payahlah rentas desa tempat macam ini, banyak risiko juga batu-batu, tanah bagai,” katanya.

“Nasib baik tiada budak lalu weh,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN