Gambar hiasan.

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, luruan monsun dijangka memasuki rantau negara sehingga esok sekali gus berpotensi membawa hujan lebat berterusan khususnya di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

Menurutnya, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan yang dikenal pasti.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tujuh daerah di Kelantan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah.

“Di Terengganu pula, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, di Sabah, amaran sama melibatkan daerah Kudat dan Pitas dalam bahagian Kudat serta Paitan di bahagian Sandakan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca serta platform media sosial jabatan berkenaan.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638 bagi mendapatkan maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN