ISKANDAR PUTERI – Pengamal media di negeri ini terus dihargai apabila menerima lagi bantuan tunai RM1,000 menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2027 hari ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, seramai 200 pengamal media di negeri ini bakal menerima bantuan tunai menerusi peruntukan berjumlah RM200,000.
Menurutnya sebanyak RM263.72 juta diperuntukan bagi pelaksanaan 25 kategori BKJ yang bakal dimanfaatkan lebih 820,000 penerima.
“Kesemua bantuan BKJ itu adalah usaha membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan yang memerlukan,” katanya ketika ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Dewan Negeri Johor, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE














