Onn Hafiz selepas membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Kota Iskandar, hari ini.

Durian runtuh buat 145,648 kakitangan Persekutuan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Lebih 145,000 penjawat awam Persekutuan yang bertugas di negeri ini bakal menerima durian runtuh apabila kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas RM500 seorang yang akan diagihkan bermula Disember ini.

​Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, insentif menerusi Bantuan Kasih Johor (BKJ) itu melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM72.82 juta membabitkan seramai 145,648 penerima.

“Setiap penjawat awam Persekutuan yang layak akan menerima insentif khas RM500 seorang, yang disalurkan secara berperingkat-peringkat iaitu RM300 pada Disember 2026 dan RM200 pada Februari 2027.

“Kesinambungan inisiatif yang turut dilaksanakan menerusi Belanjawan Johor 2026 itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam Persekutuan yang menjadi antara penggerak penting pembangunan Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Dewan Negeri Johor, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN