Anwar bersama barisan pemimpin dunia termasuklah Xi Jinping, Trump dan Putin di APEC 2026, baru-baru ini. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM.

Pertemuan Jinping, Trump dan Putin penting – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHENZHEN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan antara Presiden China Xi Jinping, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin, penting dalam usaha memelihara keamanan dan kestabilan serantau serta global.

Sambil menyambut baik pertemuan tiga hala itu, Anwar berkata usaha ke arah keamanan dan kestabilan turut memberi manfaat kepada Malaysia, khususnya dalam hubungan perdagangan dengan negara lain termasuk Rusia, terutama berkaitan import minyak.

Semalam, pemimpin Amerika Syarikat, China dan Rusia itu mengadakan sidang kemuncak tiga hala yang pertama seumpamanya di sini sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-33 bagi membincangkan isu-isu utama keselamatan antarabangsa.

“Bagi negara-negara, ini sangat penting kerana ia memberi jaminan keamanan dan bagi rantau ini dan juga Malaysia supaya fokus kita bukan saja keamanan, tetapi perdagangan dan pelaburan,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala selama 20 minit dengan Xi di Qilin Villa State Guest House di sini hari ini.

Perjumpaan itu merupakan pertemuan dua hala keempat antara Anwar dan Xi, selepas pertemuan terdahulu di Beijing pada 7 Nov 2024, Putrajaya pada 16 April 2025 dan Beijing pada 2 Sept 2025.- Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN