TANPA kekok, Ananya boleh dengan selamba menghubungi semua bekas kekasihnya demi menjayakan rakaman program Koffe With Karan.

Ananya Pandey bersahabat dengan semua bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIAPA bilang bekas pasangan kekasih harus bermusuhan dan tidak boleh bersahabat?

Buktinya, pelakon terkenal Bollywood, Ananya Pandey masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas-bekas kekasihnya.

Ananya dengan selamba menelefon seorang bekas kekasihnya iaitu pelakon Karthik Aryan ketika bersiaran dalam rancangan bual bicara terkenal, Koffee With Karan musim baharu.

Video promosi episod itu turut tular dalam media sosial selepas dimuat naik Karan Johar.

Menerusi ‘teaser’ episod baharu, Ananya dilihat menyertai satu permainan telefon yang memerlukan tetamu menghubungi rakan selebriti untuk menyebut ayat, ‘Hey Karan, it’s me!’.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila Ananya mula menyebut nama beberapa pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Ketika Ananya mencapai telefon bimbitnya, Karan sempat bertanya sama ada dia mahu menghubungi Aditya Roy Kapur yang juga merupakan bekas kekasihnya.

Namun, Ananya sebaliknya menyebut mahu menghubungi Ishaan Khatter sebelum dia akhirnya membuat panggilan video kepada Kartik Aaryan yang menjawab panggilannya.

Situasi tersebut mengundang usikan daripada tetamu bersama, penyanyi dan usahawan, Ananya Birla yang secara berseloroh berkata, “Kamu telah menghubungi semua bekas kekasih kamu.”

Komen spontan tersebut membuatkan Karan tidak dapat menahan ketawa, sekali gus menjadikan babak berkenaan antara momen paling mencuri perhatian dalam ‘teaser’ program.

Untuk rekod, Ananya pernah dikaitkan dengan Kartik ketika mereka sama-sama membintangi filem Pati Patni Aur Woh. Dia juga pernah dilaporkan menjalin cinta dengan Ishaan selepas bergandingan dalam filem Khaali Peeli, namun kedua-duanya tidak pernah mengesahkan hubungan tersebut secara terbuka. Ishaan sebelum ini turut mengesahkan perpisahan mereka ketika muncul dalam Koffee With Karan pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN