TINDAKAN pasangan kekasih melakukan aktiviti tidak senonoh di kawasan parkir disedari oleh pengunjung pusat membeli-belah- AGENSI

Tengah hari buta pun bermadu kasih, pasangan buat onar dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tindakan sepasang kekasih yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Kendari, Sulawesi Tenggara, menjadi tular di media sosial selepas perbuatan mereka disedari orang ramai, lapor saluran berita Lambe Turah.

Kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir Lippo Plaza Kendari, Jalan Jenderal MT Haryono, pada Isnin lalu sekitar pukul 1.50 tengah hari (waktu tempatan).

Pegawai Komunikasi Pemasaran (Marcomm) Lippo Plaza Kendari, Fauzan Arsyad mengesahkan insiden itu dan memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat awal daripada seorang saksi yang sedang berehat di sekitar kawasan parkir berkenaan.

“Hasil siasatan dalaman mendapati kejadian tersebut sememangnya berlaku di kawasan parkir Lippo Plaza Kendari,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Fauzan, saksi terbabit pada mulanya ternampak kelakuan mencurigakan serta tidak sopan oleh pasangan pengunjung berkenaan di dalam sebuah kenderaan sebelum segera melaporkannya kepada petugas parkir.

“Sebaik menerima laporan, petugas parkir terus bergegas ke kenderaan tersebut untuk melakukan pemeriksaan. 

“Bagaimanapun, pasangan itu bertindak melarikan diri dengan memandu keluar dari kawasan berkenaan sebelum sempat diperiksa,” jelasnya.

Terdahulu, satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang sedang diletakkan di kawasan parkir pusat beli-belah itu dengan dua individu di dalamnya disyaki melakukan perbuatan sumbang.

Kenderaan terbabit dilihat segera memecut meninggalkan lokasi sejurus menyedari kehadiran orang awam yang merakam dan menegur perbuatan mereka.

Mengulas lanjut, Fauzan menegaskan bahawa pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang melanggar norma kesusilaan, ketenteraman awam, serta keselesaan pengunjung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN