fbpx
Gambar hiasan.

Gadis melecur disimbah asid selepas bergaduh dengan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita warga asing berusia 20 tahun melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh teman lelakinya susulan perselisihan faham berkaitan hubungan mereka di PJS4, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 pagi membabitkan mangsa dan suspek yang kedua-duanya merupakan warga asing.

“Mangsa dan suspek bukan pasangan suami isteri, sebaliknya mereka merupakan pasangan kekasih yang mempunyai masalah berkaitan putus hubungan.

“Suspek masih dikesan manakala mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kecederaan melecur dipercayai terkena simbahan cecair dipercayai asid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, mangsa berusia 20 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan, manakala maklumat mengenai umur serta pekerjaan suspek masih belum diperoleh.

Katanya, polis giat mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

“Siasatan turut dijalankan dengan merakam keterangan saksi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN