Tangkap layar rakaman siaran langsung yang tular memaparkan beberapa ekor tikus memakan tauge di dalam tong besar.

[VIDEO] Selepas ayam dalam tong, kini tikus makan tauge pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas tular kejadian tikus memakan ayam mentah, kini kecoh beberapa ekor tikus dirakam memakan tauge di hadapan sebuah premis di Pudu, Kuala Lumpur.

Perkara itu tular selepas seorang pengguna Threads @shahajiq901 berkongsi rakaman siaran langsung yang memaparkan beberapa ekor tikus dilihat bertenggek di atas timbunan tauge yang diletakkan di dalam tong besar.

Menerusi perkongsian itu, pengguna tersebut meluahkan rasa terkejut selain mempersoalkan sama ada tauge yang dicemari haiwan perosak itu akan dibuang atau dijual kepada pelanggan.

“Sebelum ini tular kes tikus makan ayam dalam tong, kali ini tular sekali lagi tikus makan tauge? Paling mengejutkan, bukan seekor tikus tapi banyak. Aku tak rasa tauge tu dibuang, pasti dijual. Loya tekak,” kongsinya.

Keadaan itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa geli melihat haiwan perosak berkenaan berada di atas sayur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap kebersihan premis selain mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan barang basah yang tercemar dijual kepada pengguna.

“Tikus pun dah besar macam kucing,” komen @kaklong_lawanyaaaa.

“Allahuakbar, takutnya (tikus) besar makan tauge je,” komen @ellanorela4 pula.

“Bahaya bro, tikus bukan setakat kencingnya bahaya, bulunya pun bahaya. Boleh sakit dan mati kalau makan,” balas @zabrinabd.

Seorang lagi pengguna @roses_1882 turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa berhubung isu kebersihan makanan yang sebelum ini turut tular membabitkan ayam mentah dimakan tikus.

“Disebabkan kes ayam hari itu, saya dah berhenti makan ayam. Sekarang kes baharu pula, kenapa tauge pula dimakan tikus? Tauge sayur kesukaan saya. Lepas ini tak nak dah makan tauge,” kata @norak_mar.– KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN