Pelanggan prabayar CelcomDigi boleh menstrim siaran langsung sukan dan hiburan serendah RM1.
Ia ditawarkan secara eksklusif menerusi aplikasi CelcomDigi mulai 13 November lalu.
Menurut satu kenyataan, CelcomDigi Berhad kini menjadikan akses kepada siaran langsung sukan dan hiburan premium lebih mudah dan berpatutan untuk pelanggan prabayarnya menerusi pas StreamMORE baharu, bermula RM1.
Seiring dengan peningkatan permintaan pengguna yang menginginkan pilihan penstriman yang lebih fleksibel, CelcomDigi telah memperkenalkan pas StreamMORE bersaiz kecil yang membolehkan pelanggan prabayar menikmati kandungan pilihan mereka tanpa perlu melanggan pelan bulanan.
Melalui StreamMORE, pelanggan prabayar boleh mendapat akses kepada pelbagai kandungan sukan dan hiburan popular pada harga yang berpatutan. Ini termasuk siaran langsung Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UEFA Champions League serta kandungan hiburan seperti Gegar Vaganza, drama tempatan seperti Bayangan Dendam, siri drama Asia termasuk When I Meet the Moon (China), Oh! My Guard (Korea) dan Terbaik Itu Kamu (Indonesia), selain siri anime popular yang boleh terus ditonton sejurus selepas tayangan asal.
Tiga tawaran StreamMORE yang disediakan adalah StreamMORE Sooka Daily (RM1) – pas permulaan untuk pelanggan yang ingin mengikuti perlawanan secara langsung.
Dengan hanya RM1, pelanggan akan mendapat akses 24 jam kepada kandungan sukan secara langsung termasuk perlawanan EPL dan pelbagai kejohanan antarabangsa, hiburan penuh Sooka serta 500MB data berkelajuan tinggi.
Sementara itu, StreamMORE Asian Weekly Bundle (RM3) pula direka khas untuk peminat drama dan hiburan pop. Pas ini menawarkan penstriman tanpa had selama tujuh hari menerusi Viu Premium dan iQIYI Standard VIP. Pas ini turut didatangkan dengan 1GB data berkelajuan tinggi.
StreamMORE VISION+ Premium (RM5) pula sesuai untuk peminat rancangan hiburan Indonesia, pas ini menawarkan akses kepada drama Indonesia popular, siri eksklusif serta rancangan variasi kegemaran ramai. Pas bulanan ini termasuk 5GB data berkelajuan tinggi.
Pelanggan boleh mula menstrim mengikut tiga langkah mudah: buka aplikasi CelcomDigi, pilih bahagian Lifestyle, pilih pas StreamMORE yang diingini dan aktifkannya serta merta.














