LIVERPOOL mencatat kemenangan selesa ke atas United sekali gus menambah keyakinan untuk memburu lebih banyak kemenangan di Anfield. - AFP

EPL: Keyakinan Liverpool di Anfield melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola menzahirkan rasa gembiranya selepas pasukannya mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Manchester United di Anfield awal pagi semalam.

Beliau menegaskan bahawa dirinya sangat menikmati detik meraikan kejayaan bersama para penyokong, namun percaya The Reds mampu meraih lebih banyak jaringan sekiranya tidak mensia-siakan banyak peluang terhidang.

Prestasi di laman sendiri menjadi antara kelemahan Liverpool musim ini apabila eputusan yang dicatatkan di Anfield masih belum menyamai prestasi mereka ketika beraksi di tempat lawan menyebabkan kemenangan ke atas United membawa makna yang lebih besar.

“Saya sangat menikmatinya dan sejujurnya, saya mahu melakukannya dengan lebih kerap. Saya mahu meraikan detik itu dan saya fikir memang sesuatu yang indah apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama para penyokong.

“Kami menunjukkan prestasi yang sangat baik di tempat lawan musim ini, tetapi kami masih belum cukup bagus ketika bermain di laman sendiri, dan keadaan itu masih belum berubah.”

“Kami memerlukan satu perlawanan yang besar dan pertemuan menentang Manchester United sentiasa menjadi perlawanan besar. Jadi, kami berjaya mengakhirinya dengan cara yang cukup baik di tempat sendiri,” katanya.

Iraola juga tidak mempunyai sebarang keraguan mengenai keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain United, Leny Yoro yang didakwa menghalang peluang jelas untuk Alexander Isak melakukan jaringan.

“Saya fikir dia merupakan pemain pertahanan terakhir. Itu satu kekasaran yang jelas dan sememangnya layak menerima kad merah, bukan?”

Walaupun berpuas hati dengan keputusan dan persembahan pasukannya, Iraola tetap mahu para pemainnya lebih tajam ketika menyudahkan peluang di hadapan gol. Liverpool mensia-siakan banyak peluang keemasan dan menurutnya, mereka sepatutnya mampu menjaringkan lebih daripada empat gol sekiranya lebih klinikal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN