ANDERSON menyelamatkan maruah City apabila meledak gol penyamaan ketika mereka terikat menentang Fulham kelmarin. - AFP

EPL: VAR cetus berang Maresca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Enzo Maresca tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila jaringan kemenangan penyerang sensasi, Erling Haaland dibatalkan ketika terikat 1-1 dengan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, kelmarin.

Maresca menyifatkan keputusan membatalkan jaringan tersebut sebagai tidak tepat walaupun pengadil perlawanan, Thomas Bramall sudah pun melakukan penilaian menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR), namun tetap mendakwa Haaland melakukan kekasaran terhadap penjaga gol Fulham, Bernd Leno.

“Saya sudah menilai semula jaringan itu selepas perlawanan. Pandangan saya, jelas sekali ia bukan satu kekasaran, tetapi malangnya saya bukan individu yang membuat keputusan.

“Saya bertanyakan kepada Haaland di tepi garisan padang dan ketika kami (bersama Haaland), dia cukup yakin itu adalah jaringan namun pengadil membuat keputusan sebaliknya,” katanya.
.
Terdahulu, Rodrigo Muniz terlebih dulu membuka jaringan buat Fulham, namun kerja keras The Citizens akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh gol penyamaan menerusi Elliot Anderson.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama dalam tempoh 15 tahun Manchester City gagal mengalahkan Fulham, namun mereka dianggap bernasib baik apabila berjaya mengelak kekalahan keempat berturut-turut.

“Kami sememangnya tidak gembira dengan situasi ini, terutama apabila gagal menang dalam empat perlawanan berturut-turut. Kami tahu perkara seperti ini adalah sebahagian daripada perjalanan sesebuah pasukan yang penting sekarang ialah mencari jalan untuk kembali mencatat kemenangan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN