Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian selepas menerima laporan seorang lelaki dikhuatiri lemas di Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras. – FOTO JBPM SELANGOR

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan arus Sungai Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus sungai di Kampung Sungai Raya, Batu 9, di sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.32 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.41 petang, kira-kira tujuh kilometer dari balai.

“Komander operasi melaporkan menerima maklumat daripada orang awam berhubung seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti dipercayai hanyut dibawa arus sungai.

“Kerja-kerja pencarian sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pencarian melibatkan tujuh anggota dengan bantuan BBP Kajang.

Katanya, dua pasukan telah dibahagikan bagi melakukan pencarian di sepanjang tebing Sungai Raya sejauh kira-kira lima kilometer.

“Pasukan bantuan dari BBP Kajang pula menjalankan pencarian di kawasan perangkap sampah Batu 10, Cheras,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sehingga pukul 10 malam tadi, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN