PEMAIN Kuching City meraikan kejayaan kalahkan Phnom Penh Crown FC 3-0 di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi. - AFC

ACL 2: The Cats hidupkan ‘mimpi’ Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUCHING – Peluang Kuching City mencipta sejarah hebat di pentas Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) makin terbuka selepas meraih kemenangan bergaya 3-0 ke atas Phnom Penh Crown FC di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut The Cats dan kejayaan kali ini berjaya melunaskan misi balas dendam ekoran kekalahan 1-2 kepada lawan sama pada perlawanan pertama, September lalu.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak kini mendaki ke tanga kedua Kumpulan H, berkongsi tujuh mata dengan Gangwon FC yang pamer kebangkitan untuk tewaskan Kitchee SC 3-2.

Terdahulu, Kuching City yang menguasai permainan di babak pertama berada di depan seawal minit ke-32 menerusi Safawi Rasid namun selepas itu tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan.

Walaupun pelawat cuba pamer kebangkitan di separuh masa kedua, tuan rumah jelas lebih bersedia dan berjaya mengekang gerakan lawan dengan lebih baik.

Minit ke-74, Kuching City makin selesa apabila memperoleh gol kedua menerusi Jerome Etame sebelum Dylan Wenzel-Halls melengkapkan jaringan ketiga pada masa kecederaan.

Selepas ini, Kuching City akan berkunjung ke Stadium Mong Kok untuk perlawanan keenam Kumpulan H, menentang Kitchee SC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN