TANGKAP layar menunjukkan Fatima mendukung anaknya ketika berucap dalam Dewan Senat. - AGENSI

Senator berucap sambil dukung bayi 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CANBERRA – Satu detik menyentuh hati berlaku di Parlimen Australia telah menarik perhatian netizen selepas Senator Fatima Payman menyampaikan ucapan di Dewan Senat sambil mendukung anak perempuannya yang berumur enam bulan, Aaliyah, lapor saluran berita NDTV. 

Rakan sejawatnya, Senator Lidia Thorpe, yang duduk betul-betul di belakangnya, dilihat mengagah  bayi itu semasa Palimen bersidang.

Detik mencuit hati itu berlaku semasa persidangan Senat pada 24–25 November 2026 lalu, ketika Fatima sedang berucap di dalam dewan. 

Fatima yang mewakili Australia Barat sebagai senator bebas, dilihat selesa mendukung Aaliyah  ketika berucap. 

Manakala, gelagat lucu Thorpe kelihatan menghiburkan si kecil itu, sekali gus mencipta detik istimewa di tengah-tengah suasana persidangan yang formal.

Interaksi comel itu berlaku pada hari yang penting di Senat Australia, ketika wakil rakyat  meluluskan Rang Undang-Undang(RUU)  Kewajipan Penjagaan Digital.

RUU tersebut diketengahkan oleh Fatima dalam satu hantaran di media sosial, di mana beliau menyifatkan kelulusannya sebagai langkah pertama ke arah mencabar apa yang disifatkannya sebagai model perniagaan syarikat teknologi gergasi yang mengutamakan keuntungan berbanding komuniti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN