fbpx
BERGSON da Silva berjaya meledak gol pembukaan JDT ketika membenam Kuching City pada aksi separuh akhir kedua Piala FA.

Piala FA: Munoz rindu kelibat Arif Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH juara bertahan Piala FA, Johor Darul Takzim (JDT), Xisco Munoz nyata lega apabila anak buahnya berjaya menyingkirkan Kuching City FC 2-0 pada aksi separuh akhir kedua kelmarin sekali gus menempah tiket ke final dengan keputusan agregat 4-1.

Jelas Xisco, kemenangan itu bukan sekadar tiga mata, tetapi bukti bahawa pemainnya mampu bangkit walaupun dibelenggu jadual padat, perjalanan jauh serta situasi taktikal yang semakin mencabar setiap minggu.

Katanya, antara isu utama yang sering merencatkan aksi skuad Harimau Selatan ialah keperluan ‘membunuh’ permainan lebih awal, terutama apabila lawan bertahan habis-habisan dengan formasi 5-4-1 sehingga menyukarkan asakan di bahagian serangan.

“Kami sebenarnya banyak mencipta peluang di depan gol, tapi sebab tak ada sentuhan yang menyengat, kami dapat dua gol sahaja.

“Arif Aiman pemain terbaik Asia, kehilangannya menyebabkan jentera serangan agak tumpul, tak ada gerakan-gerakan cantik yang banyak menggempur kubu lawan,” katanya.

Bagaimanapun, Xisco memuji kelibat Alberto Diaz yang dianggap pakar dalam situasi ‘set-piece’ serta Eddy Israfilov yang mempamerkan aksi konsisten ketika detik penting perlawanan, sekali gus menyelamatkan banyak keadaan getir dalam kotak penalti.

Dalam masa yang sama, jurulatih itu turut menyentuh isu kecergasan beberapa pemain lain yang terpaksa direhatkan lebih awal bagi mengelakkan kecederaan jangka panjang, memandangkan JDT bakal mengharungi perlawanan lagi termasuk Piala Shopee.

Menjelang aksi seterusnya menentang kelab dari Kemboja, PKR Svay Rieng FC, beliau mengingatkan pemain agar cepat menutup buku perlawanan kelmarin kerana jadual ketat tidak memberi ruang untuk berasa selesa walaupun menang besar.

“Pasukan juga tidak mempunyai banyak masa untuk latihan taktikal di padang dan hanya bergantung kepada analisis video individu bagi memperbaiki kesilapan serta mempersiapkan strategi menghadapi cabaran seterusnya,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN