fbpx
KESEMUA tertuduh ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan berkait keldai akaun. Foto MASTURAH SURADI/KOSMO!

8 termasuk lima wanita dituduh jadi keldai akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Lapan individu termasuk lima wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkait keldai akaun kepada sindiket penipuan atas talian membabitkan kerugian RM343,830.

Tujuh tertuduh berkenaan, Wong Mei Fong, 43, Nurul Ainur A Ramlee, 40, Siti Alifah Hisamuddin, 31, Nor Hasnita Che Hussin, 48 dan K Sugumari, 47, Mohd Adib Daud, 37 dan Jason Lau Wei Jian, 24 mengaku bersalah selepas pertuduhan pilihan dibacakan dihadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hassan.

Kesemua mereka dijatuhi hukuman denda RM250 sehingga RM7,500 dan boleh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit. Bagaimanapun kesemua tertuduh membayar denda.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kota Tinggi antara 1 April hingga 19 Mei lalu dan kesemuanya didakwa dibawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.

Seorang lagi tertuduh, Muhammad Nizar Mohamed, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terlibat dalam transaksi kemasukan wang berjumlah RM100,000 menggunakan akaun syarikat tanpa tujuan yang sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 19 Mei lalu di Kota Tinggi dan dituduh dibawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Nizar diikat jamin sebanyak RM2,000 selain menetapkan 22 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN