WASHINGTON – Seorang wanita yang menaiki sebuah kapal persiaran di Amerika Syarikat menerima kecaman orang ramai kerana dirakam menggaru tapak kakinya dengan garfu, lapor laman berita Detik.
Kejadian dirakam di dalam restoran di atas kapal persiaran Carnival Cruise Line, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lucky_charmedcourt menunjukkan wanita terbabit sedang menggaru tapak kakinya sebelum makan sepotong piza menggunakan tangan yang sama.
Situasi bertambah buruk apabila dia menggunakan garfu untuk menggaru kakinya yang dilihat mengalami iritasi atau masalah kulit.
Rakaman itu mencatatkan lebih 15,.8 juta tontonan dan menerima pelbagai reaksi.
“Saya akan membawa sudu garfu sendiri ke restoran selepas ini,” kata seorang netizen. – AGENSI














