fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan kereta api itu terpaksa berhenti selepas laluannya terhalang akibat khemah majlis perkahwinan. - Instagram

Kereta api terpaksa berhenti, majlis kahwin tengah landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan sebuah kereta api terpaksa berhenti secara mengejut selepas laluannya terhalang oleh khemah sebuah majlis perkahwinan. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan kereta api yang sedang bergerak itu tiba-tiba berhenti. 

Ia terpaksa berhenti apabila laluan kereta api berkenaan ditutup dengan khemah dihiasi kain berwarna putih dan biru. 

Khemah tersebut didirikan di hadapan rumah seorang penduduk tempatan, dipercayai tengah-tengah landasan kereta api. 

Masih belum diketahui lokasi sebenar kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN