fbpx
Proses penyembelihan ayam oleh warga asing yang didakwa tidak mematuhi kaedah ditetapkan syarak.

Makan ayam tidak halal, bangkai bergantung pengetahuan individu – Dr. Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hukum memakan ayam yang tidak disembelih mengikut syarak atau berstatus bangkai perlu dinilai berdasarkan keadaan serta tahap pengetahuan individu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, individu yang tidak mengetahui perkara itu dan menyangka ayam berkenaan disembelih mengikut syarak tidak berdosa atas perbuatannya yang lalu.

Beliau berkata, keadaan berbeza jika seseorang mengetahui ayam tersebut tidak disembelih mengikut syarak, namun memakannya atas alasan keuzuran atau darurat yang dibenarkan syarak.

Katanya, individu terbabit juga tidak berdosa sekiranya perbuatan itu dilakukan atas sebab berkenaan.

“Jika mengetahui bahawa ayam tersebut tidak disembelih mengikut syarak tetapi tetap memakannya dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran syarak, maka perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seramai 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan ditahan menerusi Op Taring Chiller dalam serbuan di sebuah gudang pemprosesan dan penyembelihan ayam di Puchong.

Siasatan awal mendapati bekalan ayam diperoleh daripada beberapa ladang sekitar Sungai Sepat, Sungai Pelek dan Sepang sebelum diproses dan dipercayai diedarkan kepada pe­langgan termasuk kedai makan, kedai runcit serta pasar raya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ayam berkenaan diproses menggunakan kaedah ‘water bath stunning’ (kaedah renjatan air berarus elektrik) yang menyebabkan haiwan itu mati terlebih dahulu sebelum disembelih.

Arus elektrik yang digunakan dalam proses (kaedah renjatan air berarus elektrik di sebuah premis penyembelihan dikesan mencecah sehingga 130 volt, jauh melebihi paras maksimum yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor iaitu di bawah 10 volt. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN