fbpx
Muhammad ketika melakukan lawatan ke pusat sembelihan dan kilang memproses ayam segar di Kampung Seri Aman, Puchong, hari ini. -Foto ISKANDAR ISHAK

[VIDEO] Pernah ditegur Jakim, pusat sembelihan terus beroperasi tanpa sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Beroperasi lebih 10 tahun tanpa sijil halal, malah pernah beberapa kali ditegur Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Itu antara kesalahan yang dikesan dilakukan pusat sembelihan ayam di Kampung Seri Aman, di sini yang sebelum ini membekalkan lebih 40,000 ekor ayam sehari ke pasaran Lembah Klang.

Lebih membimbangkan, pusat sembelihan berkenaan didapati masih gagal mematuhi teguran dan prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa agama meskipun telah beberapa kali menerima lawatan pemeriksaan.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, semakan pihaknya mendapati premis tersebut tidak mempunyai pengesahan sijil dan status halal.

“Pihak Jakim telah beberapa kali membuat lawatan dan teguran kepada kilang ini, namun kilang ini masih gagal mematuhi teguran yang telah dikeluarkan berkaitan prosedur yang sepatutnya dipatuhi.

“Semakan pihak kita juga mendapati, buat masa ini premis ini didapati tiada pengesahan sijil dan status halal,” katanya pada sidang akhbar di pusat sembelihan dan pemprosesan ayam itu, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, siasatan lanjut pihaknya juga mendapati kesemua 12 pekerja warga Bangladesh dan Pakistan yang ditahan sebelum juga tidak memiliki sebarang sijil perakuan bagi menyembelih haiwan.

“Kesemua pekerja itu juga adalah pendatang asing tanpa izin dan mereka telah direman selama 14 hari bermula semalam sehingga 13 November depan.

“Kesemua mereka disiasat mengikut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN