KUALA LUMPUR – Lebih empat juta pemilik rumah yang memiliki kediaman, menyewa dan mahu mereka bentuk serta mengubah suai kediaman telah mendapat mendapat manfaat daripada penganjuran HOMEDEC sejak tahun 2003 dengan melibatkan sebanyak 20,000 pempamer sepanjang tempoh tersebut.
Pameran itu terus menyediakan platform untuk pemilik rumah mendapatkan idea, mengikuti perkembangan terkini dalam reka bentuk dan hiasan dalaman serta menimba pengetahuan daripada pakar industri menerusi pameran rumah contoh, sesi dialog dan bengkel.
Tahun ini, acara terbesar itu kembali lagi dan hari ini adalah hari terakhir buat masyarakat yang mahu mendapatkan pelbagai produk kelengkapan kediaman, idea reka bentuk dalaman dan penyelesaian pengubahsuaian di bawah satu bumbung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Lebih 350 syarikat menyertai HOMEDEC KL 2026 dengan tumpuan lebih besar kepada pendidikan pemilikan rumah dan akses kepada kepakaran profesional dengan tumpuan lebih besar kepada pendidikan pemilikan rumah dan akses kepada kepakaran profesional.

Penganjur yang merangkap Presiden C.I.S Network Sdn. Bhd., Datuk Vincent Lim berkata, pameran tahun akan dapat membantu rakyat Malaysia membuat keputusan lebih tepat sama ada untuk melengkapkan kediaman baharu atau memperbaharui ruang sedia ada.
“HOMEDEC KL 2026 turut menampilkan aktiviti seperti HOMEDEC Showhomes yang merangkumi Interval dan Oasis selain Architects Pavilion bagi memberikan inspirasi serta panduan praktikal kepada pengunjung.
“INTERVAL yang dihasilkan firma reka bentuk dalaman tempatan Matthew Lim Associates (MLA) diketuai pengetuanya, Matthew Lim mengetengahkan konsep “A Home, Experienced in Layers” menerusi gabungan ruang, cahaya, bahan dan bunyi bagi membantu pemilik rumah melihat kediaman dari perspektif berbeza,” katanya di sini baru-baru ini
HOMEDEC KL 2026 yang membawakan tema “Jom Renovate!” itu menyediakan lebih daripada 1,100 reruai di lapan dewan sekali gus memberi peluang kepada pemilik rumah mendapatkan inspirasi, meneroka produk serta mendapatkan khidmat kepakaran profesional untuk keperluan kediaman masing-masing.

Sementara itu, dalam dialog Dialog 2.0 dalam industri hiasan dalaman dan kelengkapan rumah (HOMEDECARES) bersempena HOMEDEC KL 2026, Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, AR, IDR Dexter Koh menyarankan pemilik rumah menyemak kelayakan profesional kontraktor, arkitek dan pereka bentuk dalaman serta pensijilan produk elektrik dan bahan binaan sebelum memulakan kerja pengubahsuaian bagi mengelakkan kerugian kewangan, masalah kualiti dan risiko keselamatan.
Presidennya, IDr. Dexter Koh berkata, pemilik rumah perlu memastikan individu profesional yang dilantik berdaftar dengan badan berkaitan serta mempunyai kelayakan untuk melaksanakan kerja yang dirancang.
Beliau berkata, status pendaftaran arkitek boleh disemak melalui laman web Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), manakala kelayakan kontraktor boleh diperiksa menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
“Pemilik rumah perlu memahami bahawa kerja pengubahsuaian bukan sekadar soal reka bentuk dan kos, sebaliknya turut melibatkan pematuhan peraturan, keselamatan dan perlindungan kepentingan pemilik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Institut Pereka Dalaman Malaysia (MIID), IDr. Norshafina Ibrahim pula menekankan kepentingan penglibatan profesional dalam memastikan pemilihan bahan, spesifikasi reka bentuk dan pelaksanaan kerja memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Menurut beliau, pengasingan peranan antara pihak yang mereka bentuk dengan pihak yang melaksanakan kerja juga boleh membantu meningkatkan pemantauan, mengurangkan konflik kepentingan dan melindungi hak pelanggan.
“Pereka bentuk dalaman turut berperanan membantu pemilik rumah memahami spesifikasi bahan, ketahanan produk, jaminan serta keperluan penyelenggaraan sebelum membuat keputusan pembelian,” ujarnya.
Selain itu, Presiden Malaysian Interior Industry Partners Association (MIIP), Elvin Tay menerangkan, kontraktor yang berkelayakan dapat membantu memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi, selain mengawal kualiti bahan yang digunakan.
Tambah beliau, pemilik rumah perlu menyemak pendaftaran kontraktor dengan CIDB, yang mengklasifikasikan kontraktor mengikut gred G1 hingga G7 berdasarkan kategori pendaftaran dan had nilai kerja yang dibenarkan.
“Pemilik rumah tidak seharusnya memilih kontraktor berdasarkan harga paling murah semata-mata. Mereka perlu mengambil kira kelayakan, pengalaman, kualiti bahan dan keupayaan kontraktor melaksanakan kerja mengikut spesifikasi,” terang beliau.
















