fbpx
Syuk menolak ajakan Tomok secara baik dan mendoakan agar New Boyz terus sukses di masa akan datang.

Maaf Tomok, bukan merajuk cuma aku tak berminat – Syuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harapan vokalis band New Boyz, Tomok untuk ‘jejak kasih’ bersama bekas pemain bass kumpulan tersebut iaitu Syuk selepas terputus hubungan selama berbelas tahun terus malap apabila individu terbabit menolak ajakan secara baik.

Shuk atau nama lengkapnya, Mohd. Syukri Mohd. Shanushi melalui satu posting di media sosial berkata, dia sudah tidak berminat lagi untuk menyertai New Boyz selain mendoakan yang terbaik buat Tomok dan rakan-rakan lain.

“Maaf Tomok, aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun. Aku cuma beritahu dah tak berminat nak join (sertai New Boyz).

“Terima kasih sebab jemput untuk join konsert. Aku doakan NB (New Boyz selalu sukses dan konsert berjalan lancar,” coretnya seraya menyertakan separuh wajah terkininya dengan bercermin mata.

Terdahulu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 40, berkata, kali terakhir dia menghubungi Syuk sekitar 2009 atau 2010.

Menjelang konsert kumpulan berkenaan yang dijadual berlangsung pada 5 Disember depan, Tomok turut mencari Syuk di kawasan perumahan serta bertemu dengan ibu Syuk meskipun tiada jawapan hingga sekarang.

Menurut Tomok, kehadiran Syuk amat bermakna buat peminat memandangkan pemuzik itu terbabit dalam rakaman dua album terawal New Boyz yang memuatkan beberapa lagu popular kumpulan berkenaan sebelum posisinya digantikan Zack.

Katanya, peminat masih mengharapkan Syuk kembali bersama kumpulan itu, selepas empat konsert terdahulu berlangsung tanpa kehadiran bekas pemain bass berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN