fbpx
Gambar janaan AI.

Membumilah, ‘Kudrat Boys’ jangan mendongak sangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK Kudrat 1968: High Council menjadi fenomena, barisan pelakon drama berkenaan menerima ledakan populariti yang bukan sedikit.

Berdasarkan pemerhatian Diva selama ini, bintang-bintang baharu selalunya mudah ‘culture shock’ hanya disebabkan sebuah karya meletup dan meraih pujian menggunung dalam media sosial.

Barisan pelakon Kudrat 1968 juga tak terlepas daripada tiupan kecang khabar angin yang mendakwa segelintir daripada mereka semakin ‘poyo’ atau berhidung tinggi. 

Namun semua itu hanya kata-kata orang yang sampai ke telinga Diva tetapi kalau benar, buanglah jauh-jauh sikap negatif sebegitu. 

Tak seronok pula dengar bintang-bintang baharu dan berbakat besar seperti mereka terpalit cerita tidak enak apatah lagi drama sedang meledak dan filem pula menggegarkan pawagam seluruh negara. Kalau ada yang mula rasa nak meninggi diri atau rasa sudah megah, relakslah ya!

DIVA: Lain macam histeria kegilaan peminat wanita terhadap barisan pelakon Kudrat 1968.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN