PELAKON Janna Nick kembali menjadi perhatian apabila ulasan makanan dikongsikannya menerusi media sosial dikritik seorang pengguna Threads.Â
Kali ini, bukan soal rasa makanan atau harga hidangan menjadi pertikaian, sebaliknya cara pelakon berusia 31 tahun itu memberikan ulasan ketika menikmati pengalaman menjamu selera di sebuah restoran mewah.
Individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang apabila Janna menyifatkan penerangan mengenai hidangan sebagai sesuatu yang merimaskan.Â
Baginya, konsep santapan mewah atau ‘fine dining’ bukan semata-mata mengisi perut, sebaliknya turut mengangkat seni penyediaan makanan, pemilihan bahan dan pengalaman menikmati setiap hidangan.
Walaupun perit, Diva terpaksa mengakui teguran tersebut ada benarnya.Â
Kalau sudah memilih untuk menikmati pengalaman santapan mewah, kenalah bersedia dengan cara layanan dan penerangan diberikan.Â
Mujurlah Janna tidak melenting atau membalas teguran itu dengan kata-kata pedas, malah dia menunjukkan keterbukaan menerima pandangan orang ramai.Â
Diva tabik sikap sedemikian kerana bukan mudah untuk menerima kritikan secara terbuka, apatah lagi apabila melibatkan perkara dikongsikan kepada umum.Â
Kadangkala, teguran memang pahit ditelan, tetapi kalau kena caranya, boleh menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri.
DIVA: Pelik juga apabila ada artis berkahwin tetapi memilih untuk merahsiakannya. Bukankah perkahwinan perkara baik?
















