fbpx
SUSPEK ditahan pihak polis selepas mencuri sebuah telefon pintar. - Polis Thailand

Pencuri dicekup 35 minit selepas kebas iPhone 11 Pro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tindakan pantas polis berjaya menangkap seorang pencuri apabila suspek ditahan di luar pawagam Lido, Bangkok , hanya 35 minit selepas melarikan sebuah telefon pintar dari pusat beli-belah terkenal, MBK, lapor akhbar  Thaiger.

Kejadian bermula apabila Balai Polis Pathum Wan menerima laporan kecurian pada pukul 11.30 malam (waktu tempatan), Ahad lalu. 

Mangsa menyedari sebuah telefon pintar  Apple iPhone 11 Pro miliknya  bersama set pengecas hilang daripada beg galas ketika leka bermain di sebuah kedai permainan video di pusat beli-belah berkenaan.

Polis  memaklumkan bahawa semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit merakam perlakuan suspek berpakaian serba hitam mengambil barang berharga milik mangsa sebelum beredar.

Berpandukan petunjuk visual dan rakaman pemantauan di kawasan sekitar, pasukan peronda berjaya menjejaki pergerakan lelaki terbabit sebelum mengesan individu yang sepadan dengan ciri-ciri suspek sedang berjalan berhampiran pawagam Lido.

Suspek yang dikenali sebagai Krit, 34, ditahan dan diperiksa pukul 12.05 tengah malam (waktu tempatan). 

Pemeriksaan ke atas beg silang hitam miliknya menemui telefon pintar kelabu bersama kabel dan kepala pengecas yang dilaporkan hilang. 

Beg berkenaan turut dirampas sebagai bahan bukti.

Menurut polis, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut semasa disoal siasat di lokasi, manakala mangsa turut mengesahkan kesemua barangan yang ditemui adalah miliknya.

Suspek kini ditahan di Balai Polis Pathum Wan dan didakwa atas pertuduhan mencuri. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN