fbpx
Tangkap layar aksi suspek yang berjaya dirakam CCTV surau pangpsuri di Seksyen 16, Shah Alam.

[VIDEO] Selamba kebas dua tabung surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua lelaki bertindak selamba mengumpil, sebelum melarikan wang daripada dua tabung di pintu masuk sebuah surau pangsapuri di Seksyen 16 di sini, semalam.

Aksi kedua-dua suspek pada pukul 2.30 pagi itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan sebelum rakaman tersebut tular di aplikasi Threads.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang ahli jawatankuasa surau pada pukul 5.25 petang.

Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki yang tidak dikenali itu memasuki kawasan surau melalui pintu pagar utama sebelum mengumpil tabung yang diletakkan di hadapan premis.

“Jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan kerana wang tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan usaha mengenal pasti serta mengesan suspek terlibat giat dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Mohd. Fazril Hamid di talian 012-647 6747 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN