fbpx
Buaya gergasi lebih 600 kg berjaya ditangkap di Pulau Bruit, Sibu

Buaya gergasi lebih 600 kg ditangkap di Pulau Bruit, Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIBU – Seekor buaya sepanjang 5.43 meter dengan anggaran berat melebihi 600 kilogram (kg) berjaya ditangkap di Kampung Sedi, Pulau Bruit, Daro di sini hari ini selepas dua minggu diburu kerana mengancam keselamatan penduduk di sekitar muara Batang Paloh.

Penangkap buaya berlesen, Jeferry Siew Seng Kwong, 41, berkata reptilia itu berjaya dipancing kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum beliau bersama pasukannya mendaratkannya pada pukul 4.05 petang.

Beliau berkata, buaya berkenaan sering memasuki sungai kecil yang menjadi laluan dan tempat penduduk menjalankan aktiviti harian, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka.

“Penduduk di sini bergantung pada sungai kecil untuk aktiviti harian mereka. Sebab itu mereka terancam dengan kehadiran buaya terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jeferry berkata, pasukannya menyasarkan buaya berkenaan sejak dua minggu lalu dan pernah berjaya memancingnya, namun haiwan itu terlepas selepas tali pancing putus.

Beliau berkata, ancaman buaya di kawasan itu masih belum berakhir kerana terdapat seekor lagi haiwan terbabit yang dipercayai lebih besar dan belum berjaya ditangkap.

Jeferry yang memiliki lesen memburu buaya daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) menangkap lebih 100 buaya sepanjang pembabitannya dalam aktiviti berkenaan.

Pada 7 Oktober lalu, beliau bersama pasukannya turut berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 4.15 meter di Sungai Rajang berhampiran kawasan Stabau-Salim, Sibu.-Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN