fbpx
Gambar hiasan

Peruntukan lebih RM250 juta perkukuh Pembangunan ECRL Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM250 juta untuk memperkukuh pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan.

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan itu merangkumi RM30 juta bagi pembinaan terminal bas baharu di Stesen ECRL Kota Bharu, manakala selebihnya iaitu lebih RM200 juta bagi kerja-kerja awalan cadangan pemanjangan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Katanya, fasa awal pemanjangan jajaran ECRL ini meliputi kerja-kerja reka bentuk awal, ukur dan penyiasatan tanah dan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA).

Ini termasuk penyediaan Skim Kereta Api serta kerja-kerja penyediaan tapak bagi membolehkan projek dilaksanakan pada fasa seterusnya.

“Pelaburan ini bukan sekadar membina infrastruktur pengangkutan, tetapi membuka laluan kepada masa depan ekonomi Kelantan yang lebih berdaya saing.

“Ia termasuk merancakkan aktiviti perniagaan, memperkukuh sektor logistik, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan percaya bahawa pembangunan negara mesti bersifat terangkum dan seimbang.

“Maka kemajuan tidak seharusnya tertumpu di bandar-bandar utama semata-mata, sebaliknya perlu dirasai oleh rakyat di seluruh negara, termasuk di Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN