fbpx
ALIFF Rakib menjulang gelaran dunia interim strawweight ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi. -ONE Championship

Aliff Rakib tunai janji bawa pulang tali pinggang ONE Championship

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menunaikan janjinya apabila menjulang gelaran dunia interim strawweight ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.

Kemenangan itu melengkapkan misi gemilang buat jaguh berusia 22 tahun tersebut untuk menghadiahkan tali pinggang pertama buat Malaysia.

Biarpun jaguh Thailand yang memiliki ratusan kemenangan, Aliff turun dengan aksi penuh berani, tenang dan berdisiplin sebelum menumpaskan lawannya menerusi pukulan knockout (KO) pada pusingan kelima.

“Terima kasih kepada semua orang Malaysia yang datang hari ini. Sebelum ini saya dah janji nak letak Malaysia,” katanya sejurus perlawanan.

ALIFF melepaskan beberapa tumbukan dan sepakan tepat ke arah muka lawan dari Thailand. -ONE Championship

Alif turut mendedikasikan kejayaan itu kepada bapanya yang menjadi sumber inspirasi sepanjang perjalanan kariernya.

“Saya telah berusaha bersungguh-sungguh dan melalui pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap ini. Tali pinggang ini adalah untuk ayah saya dan kemenangan ini adalah untuk Malaysia,” katanya.

Kejayaan itu turut disusuli dengan ganjaran bonus prestasi bernilai AS$50,000 (RM204,000) daripada ONE Championship.

Dengan kemenangan itu, Aliff yang turut dikenali sebagai Aliff Sor Dechapan dijangka menentang juara dunia strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN