fbpx
RIFDEAN berjaya menumbangkan petarung Laos untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan One Championship. - ONE CHAMPIONSHIP

Rifdean tidak puas hati gara-gara badan ‘lemau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH muay thai negara, Rifdean Masdor mengakui masih belum berpuas hati dengan aksi dipamerkan biarpun sudah mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan ONE Championship.

Pada aksi ONE Friday Nights yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok malam kelmarin, petarung berusia 23 tahun itu membuktikan kejaguhan apabila menumbangkan Petkiattisak O Sansuk dari Laos.

Walaupun turun dengan kondisi badan yang tidak cergas sepenuhnya, namun Rifdean masih mampu mendominasi pertarungan sebelum memastikan kemenangan kategori atomweight itu menerusi keputusan sebulat suara juri.

Rifdean berkata, badannya terasa agak ‘lemau’ sepanjang pertarungan berlangsung sehingga menyebabkan dia kurang lincah seperti biasa, namun tetap gembira dengan kemenangan yang diraih.

“Alhamdulillah tidak ada sebarang kecederaan yang serius dan saya akan memperbaiki setiap kekurangan. Mungkin hari ini (kelmarin) aksi saya agak ‘lemau’, kurang laju dan kurang aktif tetapi itu bukan alasan.

“Insya-Allah pertarungan seterusnya saya akan buat lebih baik dan harap rakyat Malaysia sentiasa mendoakan saya. Saya juga sedia pamerkan aksi terbaik dan dapatkan kontrak lebih awal,” katanya menerusi IG Story.

Pada pertarungan kelmarin, Rifdean menguasai sepenuhnya ketiga-tiga pusingan itu apabila melakukan asakan bertubi-tubi ke arah badan Petkiattisak biarpun tidak berada dalam kondisi terbaik.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Adam Rakib turut melakar kemenangan dalam kategori strawweight selepas menewaskan petarung Perancis, Enzo Clarisse, juga menerusi keputusan sebulat suara juri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN