JAKARTA – Seorang dukun di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila memiliki wang tunai berbilion-bilion rupiah yang disimpan di dalam sebilangan kotak, lapor portal berita Lambe Turah.
akaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @sudutkotadotid menunjukkan seorang lelaki sedang mengira timbunan wang yang bertaburan di lantai.
Lebih mengejutkan, terdapat sekurang-kurangnya 10 kotak yang diisi sepenuhnya dengan wang kertas.
Jumlah wang tersebut dianggarkan mencecah berbilion-bilion rupiah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Nilai rupiah tetap lemah,” kata seorang netizen.
“Sama ada korupsi pemerintah atau duit palsu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














