fbpx
FERNANDES mengakui United perlu memburu kejayaan lebih besar musim depan termasuk berusaha mendapatkan gelaran EPL. - AFP

EPL: Fernandes akui kecewa di United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mengakui pencapaiannya bersama kelab itu tidak seperti yang dijangka sejak berhijrah ke Old Trafford pada 2020.

Sebagai rekod, Fernandes yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini hanya berjaya meraih satu trofi Piala FA dan satu Piala Liga Inggeris (EFL) dalam tempoh enam tahun.

“Sudah tentu saya mahu memenangi lebih banyak trofi. Ia bukan seperti yang saya harapkan untuk diri saya dan juga kelab ini.

“Namun, saya tetap menikmati banyak pengalaman yang manis. Kami berjaya mara ke beberapa final, ada keputusan positif dan ada yang mengecewakan.

“Musim depan, matlamat saya sentiasa untuk memenangi pertandingan terbesar terutama EPL. Dapat kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) juga sangat penting kerana ia adalah prestij sebenar buat kelab seperti United,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain tengah Portugal itu percaya masa depan pasukan kembali cerah di bawah kendalian pengurus baharu, Michael Carrick yang berjaya membawa aura baharu yang menghidupkan kembali keyakinan pemain.

“Carrick membawa tenaga yang sangat positif kepada pasukan dengan corak permainan yang berbeza. Itu membantu beberapa pemain untuk kembali berada pada tahap terbaik dan kita sangat konsisten pada awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan, United dalam fasa menguatkan pasukan apabila hampir menandatangani tonggak Atalanta, Ederson dengan nilan sekitar £35 juta (RM186.7 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN