MANCHESTER – Manchester United terus berusaha untuk membawa masuk seorang lagi pemain tengah baharu selepas menandatangani Youri Tielemans dan Andrey Santos.
The Red Devils telah mempertimbangkan ramai pemain dalam usaha mencari pemain tengah yang sesuai, namun akhirnya memilih pemain antarabangsa Perancis, Manu Kone sebagai sasaran utama seterusnya.
Bagaimanapun, mereka tidak berdepan laluan mudah apabila hasrat itu bakal disaingi Chelsea yang telah mengadakan perbincangan dengan AS Roma untuk melihat kemungkinan perpindahan pemain itu.
Menurut laporan media Itali, United telah menghubungi wakil Kone dan dimaklumkan bahawa pemain itu mempunyai minat yang mendalam untuk berpindah ke Old Trafford pada musim panas ini.
Maklum balas tersebut dikatakan memberi keyakinan kepada United menyebabkan mereka dijangka mengemukakan tawaran rasmi dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Pakar perpindahan, Graeme Bailey turut memberikan perkembangan eksklusif dengan mengesahkan bahawa kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris itu mungkin perlu membayar sekitar £51 juta untuk membawa Kone keluar dari Roma.
Sekiranya berjaya, United dianggap berjaya menjalankan urusan yang dianggap terbaik apabila hanya mengeluarkan dana sebanyak £135 juta (RM743.37 juta) untuk mendapatkan tiga pemain tengah berkualiti. – AGENSI














