fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pelajar lelaki itu membawa seekor ular sawa semasa membentangkan tesisnya. - Instagram

Pelajar bawa ular semasa bentang tesis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang mahasiswa universiti di Indonesia mengejutkan orang ramai apabila membawa seekor ular sawa semasa melakukan sesi pembentangan tugas akhir (tesis), lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @sellyrs menunjukkan pelajar lelaki itu sedang membentangkan tesisnya yang bertajuk ‘Kepelbagaian Spesies Ular di Pulau Enggano’. 

Apabila ditanya mengenai sampel kajian, pensyarah terkejut melihat dia mengeluarkan seekor ular sawa dari dalam sebuah kotak. 

Menurut pelajar berkenaan, pemilihan topik tesis itu berdasarkan hobinya yang gemar memelihara ular.  

“Ia adalah hobi. Saya mempunyai banyak ular di rumah dan saya sering diberikan ular sebagai hadiah,” katanya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 531,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Terus lulus!” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN