fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penghantar makanan itu memberi nasi dan ayam goreng kepada seekor anjing. - TikTok

‘Rider’ terima pesanan hantar makanan kepada anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penghantar makanan (rider) di Indonesia berkongsi kisah mengejutkan di mana dia diminta untuk menghantar makanan kepada seekor anjing. 

Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @indozone.id menunjukkan rider berkenaan membuka sebuah bungkusan mengandungi nasi dan ayam goreng sebelum berjalan ke sebuah rumah. 

Dia kemudian meletakkan makanan tersebut ke lantai dan memanggil seekor anjing untuk memakannya. 

Menurutnya, pemilik anjing itu tiada di rumah dan membuat pesanan untuk memberi makan kepada haiwan tersebut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 745,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Pemilik yang bertanggungjawab,” kata seorang netizen. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN