Gambar hiasan.

Ayam gepuk punca pelajar sekolah keracunan makanan di Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Menu ayam gepuk yang tidak melalui proses mencairbekukan dengan sempurna dikenal pasti sebagai punca menyebabkan sebilangan pelajar di sebuah sekolah di daerah Kuala Langat keracunan makanan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bagaimanapun tindakan pantas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah membolehkan rawatan serta ubat-ubatan disampaikan kepada 11 pelajar.

“Susulan daripada itu, kantin di sekolah tersebut telah ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

“Sehingga kini, insiden tersebut merupakan terpencil dan hanya melibatkan sekolah berkenaan tanpa memberi kesan kepada mana-mana sekolah lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan secara rawak di kantin sekolah di negeri ini dengan kerjasama JKNS untuk memastikan proses penyediaan makanan menepati prosedur operasi standard bagi keselamatan serta kesihatan pelajar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN